Terma & Syarat

1.     Terma-terma dan Syarat-Syarat Tempahan

 
Tunnel Biz (002071717-X)  menerusi laman web "http://www.tunnelbiz.com" menawarkan perkhidmatan dan jualan produk ,perkhidmatan ICT , perkhidmatan jurugambar dan sebagainya secara online dan offline untuk kemudahan pelanggannya. Dengan membuat tempahan di website ini atau pun di premis kami bermakna anda bersetuju dengan segala terma dan syarat yang ditetapkan seperti yang termaktub dalam di dalam halaman ini dan mengikut perubahannya dari semasa ke semasa bermula pada tarikh ianya dipaparkan. Anda seharusnya meneliti terma-terma dan syarat-syarat ini pada setiap kali anda melayari laman web ini kerana ianya merupakan suatu syarat yang wajib dipatuhi.  
 
Tiada kontrak diwujudkan di antara anda (Pembeli, Pelanggan) dan kami (Penjual) sehinggalah kami mendapat makluman dan penerimaan tempahan anda serta bayaran  yang ditetapkan di dalam Invois. Kami akan menghubungi anda dalam tempoh satu (1) - tiga (3) hari bekerja bagi mengesahkan penerimaan bayaran berkenaan.  Jika anda tidak menerima emel kami dalam tempoh tersebut, sila hubungi kami melalui telefon ataupun email. Setelah kami menerima bayaran tersebut dan pengesahan mengenainya dibuat secara lisan atau bertulis barulah perjanjian termeterai dan wujud kontrak yang sah di antara anda dan kami.
 

2.    Barangan dan Perkhidmatan
 

Barangan yang ditawarkan adalah tertakluk kepada wujudnya stok. Sekiranya semasa anda membuat tempahan, stok sesuatu barangan itu telah kehabisan, kami akan memaklumkan kepada anda dengan secepat mungkin.  Kami juga akan mencadangkan pilihan yang ada.  Sekiranya anda tidak bersetuju, wang pembayaran anda akan dipulangkan.
 
Kami berhak membuat perubahan harga dari masa ke semasa.  Harga pembelian hendaklah mengikut harga pada masa tempahan dibuat.
 
Warna yang dipaparkan pada skrin komputer biasanya tidak sama sepenuhnya dengan warna produk.
 

Ukuran yang dinyatakan dalam spesifikasi sesuatu produk itu tidaklah 100 peratus tepat .

 

3.    Pembayaran
 
Semua  pembayaran hendaklah dibuat dalam Ringgit Malaysia (RM) pembayaran matawang asing hanya boleh di buat melalui pembayaran kad kradit dan paypal melalui "bayaran paypal" saja
 
Pembayaran bagi tempahan yang dibuat melalui laman web ini boleh dilakukan secara terus kepada mana-mana akaun yang ditetapkan. Pembayaran melalui kad kredit diterima. Sekiranya pembayaran kad kredit dibuat secara online, bayaran akan diproses oleh PAYPAL akan tertera di bil kad kredit anda.  
 
Setiap Perkhidmatan hendaklah disertakan dengan bayaran pendahuluan. Sila rujuk bawah:

Deposit Pertama : (Untuk mula proses tempahan perkhidmatan)
 
Min 10% -20%
 
Bagi Bayaran Produk , Bayaran penuh perlu di buat sebelum proses penghantaran di buat  kecuali tempahan yg memilih COD bagi kawasan-kawasan yg dinyatakan percuma , bayaran perlu di buat semasa penerimaan barangan.
 
 
Deposit Akhir :
Baki dari jumlah amaun yang telah dibayar.

4.    Penghantaran

Penghantaran hanya akan dibuat setelah bayaran kos penghantaran dibuat. Barangan tidak akan dihantar selagi kos penhantaran tidak dijelaskan.
 
Penghantaran barangan anda adalah mengikut alamat yang diberikan semasa tempahan dibuat.  Sekiranya berlaku perubahan alamat, kos penghantaran mungkin akan berubah. Sekiranya ini berlaku, anda dikehendaki membuat bayaran perbezaan tersebut sebelum penghantaran dapat dibuat.
 
Kami akan memberikan Nombor Rujukan Penghantaran (Tracking Number) yang dikeluarkan oleh syarikat penghantaran  untuk memudahkan anda membuat semakan dengan pihak penghantar berhampiran kawasan anda ataupun anda boleh menyemak sendiri di halaman web mereka.
 
Tempoh penghantaran adalah bergantung kepada mod penghantaran dan destinasi.  Bagaimanapun, tempoh ini mungkin lebih panjang jika destinasinya agak jauh di pedalaman. Anda hendaklah menyemak sendiri dengan pihak penghantar di tempat anda untuk mengetahui dengan lebih tepat mengenai perkara ini.

5.    Risiko
 
Penghantaran melalui Syarikat Penghantaran Berdaftar dijamin selamat. Walaubagaimana pun kami tidak boleh dipertanggung jawab di atas sebarang kerosakan dan kecacatan barang semasa proses penghantaran dibuat oleh pihak Syarikat Penghantar. 
 

6.    Warranti
 
Semua barangan yang dibekalkan oleh kami dijamin berada dalam keadaan baik mengikut spesifikasi yang ditetapkan. Sekiranya terdapat sebarang kecacatan, sila maklumkan kepada kami secara lisan/bertulis dalam tempoh 24 jam. Kami akan berusaha untuk mencari penyelesaiannya.
 

7.    Had Tanggungjawab
 
Kami akan bertanggung jawab di atas proses jualan sahaja. Selain dari itu adalah di bawah tangungjawab syarikat pengeluar berkenaan.

8    Pembatalan Tempahan
 
Pembatalan tempahan hanya boleh dibuat  jika proses penghantaran belum dilaksanakan. 
 
Jika pembatalan dibuat dalam tempoh 24 jam, kami akan mengembalikan semua jumlah bayaran yang telah dijelaskan.
 

9.    Polisi Privasi
 
Tujuan kami menyimpan maklumat yang anda berikan adalah khusus untuk memproses tempahan anda dan memberikan perkhidmatan terbaik berhubung dengan tempahan atau pesanan anda.  Kami tidak akan dengan secara sengaja memberikan maklumat peribadi anda kepada pihak ketiga.